Perkara Dari Blog

MAKLUMAT KERJAYA


Kerjaya adalah sesuatu yang kita rancang pada masa sekarang untuk menjadi sesuatu pada masa hadapan. Jika kita perhatikan begitu banyak impian yang telah dirancang oleh semua individu sejak dibangku sekolah lagi. Di sekolah rendah, guru kelas sering bertanyakan apakah cita-cita anda, masih segar diingatan saya pada zaman persekolahan dulu antara cita-cita yang paling 'popular' adalah polis, tentera, bomba ditambah jururawat. Kadang-kadang guru kelas tak perlu nak fikir panjang semasa mengisi kad 001. Namun, selari dengan peredaran zaman, kerjaya-kerjaya tersebut tidak lagi releven dengan pemikiran anak-anak sekarang, ibu bapa menginginkan yang lebih terbaik yang lebih berketrampilan mungkin yang lebih berpendapatan. Pada ruangan 'KERJAYAKU', anda akan dapat melihat apakah fungi dan peranan kerjaya ini dalam membantu diri anda, saya juga akan sertakan contoh bagaimana penulisan 'resume' dan juga tips bagi menghadapi temuduga sebelum kerja...

Continue Reading »


0 comments:

Post a Comment