Perkara Dari Blog

AKTIVITI..

PROGRAM
   
   "Entry" kali ini saya akan masukkan jadual saya sepanjang tahun lepas dan juga tahun 2011, sekadar untuk berkongsi. Anda boleh "klik" di ruangan AKTIVITI untuk melihat secara terperinci. 

Continue Reading »


MAAFKAN SAYA....

MAAFKAN KAMI..TET..TENENEN..MAAFKAN KAMI..TEN TENEN..MAAFKAN KAMI



Terpasang pula tadi cerita ‘Pendekar Bujang Lapok’, lantas mengingatkan kembali pada blog saya yang hampir 4 bulan tidak saya kemaskini dengan “entry-entry” terbaru. Permohonan maaf ditujukan kepada pembaca blog yang sudi melayari blog ini terutama sekali kepada pelajar dari Sekolah Menengah Bandar Tasik Selatan kerana ada yang saya janjikan kepada mereka yang menyertai porgram” Jom Bijak Belajar”. Untuk makluman dalam tempoh tersebut banyak yang saya lakukan tetapi perhatian utama adalah bagi menghadapi peperiksaan akhir semester. Alhamdulillah keputusan yang diperolehi tidak mengecewakan, selain dari itu terdapat beberapa program yang saya sertai bagi menambahkan ilmu sedia ada dan juga pada Julai ini ada kem dengan pengawas sekolah dimana pasukan saya dijemput untuk mengendalikannya, alhamdulillah rezeki pertama.
Bagi pembaca yang budiman yang mengikuti blog saya, saya akan sertakan gambar-gambar menarik dan juga beberapa video untuk tatapan kita bersama. Gambar dan video yang dimasukkan adalah perkongsian antara aktiviti-aktiviti yang telah saya sertai. Jikalau ada komen-komen yang ingin diletakkan, amatlah berbesar hati di pihak saya untuk membacanya. Selain Itu juga petua atau tips-tips berkaitan belajar dan berkaitan perjalanan hidup kita seharian akan saya masukkan untuk rujukan. Melihatkan keadaan semasa yang berbangkit mengenai masalah sosial, akan saya usahakan untuk memasukkan kes-kes dari keratan akhbar, agar kita sama-sama boleh jadikannya sebagai teladan dan juga sempadan.
Insyallah, saya juga meletakkan harapan ke atas diri saya agar dapat sentiasa mengemaskini blog ini untuk kebaikan bersama. Dari semasa ke semasa akan ada ruangan terbaru akan saya masukkan bersesuaian dengan tujuan blog ini diwujudkan, manalah tahu selepasa ini ada ruangan perkongsian, saya boleh menjawap soalan secara terus dari anda, insyallah. 


Continue Reading »