Perkara Dari Blog

ASAM GARAM..???


Hah..? Kenapa pulak "Senario : Asam Garam" tiba-tiba ada dalam 'entri' saya kali ini? Saya nak buat tayangan percuma ke? nak kongsi fail video ke?..Tak adalah, ini cuma gambar hiasan, tajuk asam garam itu ada kaitan dengan 'side' baru yang saya cipta tadi. Kenapa saya timbulkan tanda 'soal' pada post kali ini..?


'Asam garam' merupakan suatu yang agak istimewa kerana saya akan paparkan masalah-masalah yang berlaku sebagai panduan kepada pembaca blog ini, terdapat artikel-artikel yang akan dipetik dari akhbar ataupun majalah serta dari masalah yang benar-benar berlaku, namun menjadi prinsip dan pegangan bahawa kerahsiaan akan dijaga. Oleh itu, keizinan dan jalan cerita akan diolah serba sedikit bagi menjaga 'privasi' individu tersebut. 

Nampak sedapkan hidangan di sbelah, asam pedas terubuk...sedap, tapi perlu berhati-hati dengan tulang ikan ini kerana banyak dan bercabang. Begitu jugalah dengan perjalan setiap insan yang akan dilalui, pelbagai cabaran dan dugaan untuk menjadikan seseorang itu matang dan hebat dikemudian hari. Jika baik 'rencah dan perasanya' maka baiklah hasilnya nanti, namun jika salah bahan-bahan yang dimasukkan jangan berhenti disitu..terus perbaiki dan perbaiki hingga akhirnya sedap sekali rasa dan aromanya.

Continue Reading »


0 comments:

Post a Comment