Perkara Dari Blog

AKTIVITI..

PROGRAM
   
   "Entry" kali ini saya akan masukkan jadual saya sepanjang tahun lepas dan juga tahun 2011, sekadar untuk berkongsi. Anda boleh "klik" di ruangan AKTIVITI untuk melihat secara terperinci. 

Continue Reading »


MAAFKAN SAYA....

MAAFKAN KAMI..TET..TENENEN..MAAFKAN KAMI..TEN TENEN..MAAFKAN KAMI



Terpasang pula tadi cerita ‘Pendekar Bujang Lapok’, lantas mengingatkan kembali pada blog saya yang hampir 4 bulan tidak saya kemaskini dengan “entry-entry” terbaru. Permohonan maaf ditujukan kepada pembaca blog yang sudi melayari blog ini terutama sekali kepada pelajar dari Sekolah Menengah Bandar Tasik Selatan kerana ada yang saya janjikan kepada mereka yang menyertai porgram” Jom Bijak Belajar”. Untuk makluman dalam tempoh tersebut banyak yang saya lakukan tetapi perhatian utama adalah bagi menghadapi peperiksaan akhir semester. Alhamdulillah keputusan yang diperolehi tidak mengecewakan, selain dari itu terdapat beberapa program yang saya sertai bagi menambahkan ilmu sedia ada dan juga pada Julai ini ada kem dengan pengawas sekolah dimana pasukan saya dijemput untuk mengendalikannya, alhamdulillah rezeki pertama.
Bagi pembaca yang budiman yang mengikuti blog saya, saya akan sertakan gambar-gambar menarik dan juga beberapa video untuk tatapan kita bersama. Gambar dan video yang dimasukkan adalah perkongsian antara aktiviti-aktiviti yang telah saya sertai. Jikalau ada komen-komen yang ingin diletakkan, amatlah berbesar hati di pihak saya untuk membacanya. Selain Itu juga petua atau tips-tips berkaitan belajar dan berkaitan perjalanan hidup kita seharian akan saya masukkan untuk rujukan. Melihatkan keadaan semasa yang berbangkit mengenai masalah sosial, akan saya usahakan untuk memasukkan kes-kes dari keratan akhbar, agar kita sama-sama boleh jadikannya sebagai teladan dan juga sempadan.
Insyallah, saya juga meletakkan harapan ke atas diri saya agar dapat sentiasa mengemaskini blog ini untuk kebaikan bersama. Dari semasa ke semasa akan ada ruangan terbaru akan saya masukkan bersesuaian dengan tujuan blog ini diwujudkan, manalah tahu selepasa ini ada ruangan perkongsian, saya boleh menjawap soalan secara terus dari anda, insyallah. 


Continue Reading »


BULAN KELAHIRAN

Personaliti berdasarkan bulan kelahiran..secara umumnya pembaca berpeluang menilai diri sendiri dari maklumat yang dipaparkan, namun janganlah maklumat tersebut deterima secara bulat-bulat dan menjadi pegangan, kerana apa yang penting adalah usaha kita untuk mengubah diri ke lebih baik. Jika kita sendiri berusaha dengan bersungguh-sungguh maka perkara yang tidak baik mampu dielakkan. Apa yang disampaikan adalah sekadar maklumat untuk menambah pengetahuan..

Continue Reading »


AKTIVITI...


Ruangan disini merupakan aktiviti yang telah saya lakukan dan yang bakal dilakukan. Kepada pelajar, rakan ataupun pembaca yang berminat untuk mengikuti program ini, pada setiap topik akan saya paparkan kepada mana golongan sasaran saya, matlamat serta faedah aktiviti saya. Menjadi satu harapan agar aktiviti yang dilalui mampu memberi manfaat kepada pembaca dan peserta yang mengikutinya.


Continue Reading »


ASAM GARAM..???


Hah..? Kenapa pulak "Senario : Asam Garam" tiba-tiba ada dalam 'entri' saya kali ini? Saya nak buat tayangan percuma ke? nak kongsi fail video ke?..Tak adalah, ini cuma gambar hiasan, tajuk asam garam itu ada kaitan dengan 'side' baru yang saya cipta tadi. Kenapa saya timbulkan tanda 'soal' pada post kali ini..?


'Asam garam' merupakan suatu yang agak istimewa kerana saya akan paparkan masalah-masalah yang berlaku sebagai panduan kepada pembaca blog ini, terdapat artikel-artikel yang akan dipetik dari akhbar ataupun majalah serta dari masalah yang benar-benar berlaku, namun menjadi prinsip dan pegangan bahawa kerahsiaan akan dijaga. Oleh itu, keizinan dan jalan cerita akan diolah serba sedikit bagi menjaga 'privasi' individu tersebut. 

Nampak sedapkan hidangan di sbelah, asam pedas terubuk...sedap, tapi perlu berhati-hati dengan tulang ikan ini kerana banyak dan bercabang. Begitu jugalah dengan perjalan setiap insan yang akan dilalui, pelbagai cabaran dan dugaan untuk menjadikan seseorang itu matang dan hebat dikemudian hari. Jika baik 'rencah dan perasanya' maka baiklah hasilnya nanti, namun jika salah bahan-bahan yang dimasukkan jangan berhenti disitu..terus perbaiki dan perbaiki hingga akhirnya sedap sekali rasa dan aromanya.

Continue Reading »


MAKLUMAT KERJAYA


Kerjaya adalah sesuatu yang kita rancang pada masa sekarang untuk menjadi sesuatu pada masa hadapan. Jika kita perhatikan begitu banyak impian yang telah dirancang oleh semua individu sejak dibangku sekolah lagi. Di sekolah rendah, guru kelas sering bertanyakan apakah cita-cita anda, masih segar diingatan saya pada zaman persekolahan dulu antara cita-cita yang paling 'popular' adalah polis, tentera, bomba ditambah jururawat. Kadang-kadang guru kelas tak perlu nak fikir panjang semasa mengisi kad 001. Namun, selari dengan peredaran zaman, kerjaya-kerjaya tersebut tidak lagi releven dengan pemikiran anak-anak sekarang, ibu bapa menginginkan yang lebih terbaik yang lebih berketrampilan mungkin yang lebih berpendapatan. Pada ruangan 'KERJAYAKU', anda akan dapat melihat apakah fungi dan peranan kerjaya ini dalam membantu diri anda, saya juga akan sertakan contoh bagaimana penulisan 'resume' dan juga tips bagi menghadapi temuduga sebelum kerja...

Continue Reading »


APA ITU KAUNSELING..??

Daripada tajuk 'entri' di atas terdapat beberapa perkara yang perlu diketahui oleh setiap individu mengenai 'apa itu kaunseling?..' Saya sendiri pada mulanya keliru dan selalu membayangkan yang bilik kaunseling sekolah sebagai tempat pelajar bermasalah. Namun, sangkaan tidak mencerminkan realiti, anda boleh melihat dibahagian atas terdapat perkataan 'KAUNSELING', dibahagian tersebut anda akan mengenali secara lebih terperinci mengenai apa itu kaunseling.

Continue Reading »