Perkara Dari Blog

PENGENALAN

Assalamualaikum w.h.t, salam ceria, salam gembira dan salam 1 Malaysia.. Akhirnya terdetik dihati dan hadir kerajinan pada diriku untuk menitipkan kata-kata pada blog yang telah sekian minggu wujudnya. Taktala kekeringan idea mencari apa yang perlu diisi pada 'dinding' blog, terlebih dahulu perkenalan diri saya usulkan dan sedikit latarbelakang akan dipersembahkan.
Tersurat pada surat beranak bertarikh 18 Mei 1985, seorang bayi lelaki comel telah dilahirkan di Hospital Besar Taiping hasil perkongsian pasangan dua jiwa 1 hati iaitu si ibu Rohana bt Mt. Rejab dan bapa tercinta Hassan bin Sarbini (Javanese), anak sulung yang lahir ini telah mewujudkan seribu satu harapan daripada kedua ibu dan bapanya supaya menjadi insan yang bermakna. Menetap buat sekian kalinya di Chankat Jering, Taiping Perak. Banyak sekali nostalgia lampau terimbau, bak kata pepatah " tempat jatuh lagikan dikenang, inikan pula tempat bermain.."
Terletak lebih kurang 300 meter dari susur keluar lebuh raya utara selatan 'exit' Changkat Jering, pasar Sabtu merupakan antara trademark pekan kecil ini,  seluruh seantero penduduk dikawasan tersebut akan berpusu-pusu membeli beraneka barangan tidak kiralah makanan, sayur-sayuran, pakaian, barang perkakasan senang cerita'macam-macamada...

Continue Reading »